Modul MyTugasan disediakan sebagai perantara kepada guru untuk menyerah dan menugaskan sebarang tugasan kepada pelajar mereka. Kesemua proses memberikan tugasan dan menghantar tugasan boleh dilakukan secara atas talian.
Modul MyActivity pula akan menyenaraikan kesemua tugasan yang telah diberikan oleh guru kepada pelajar. Pelajar seterusnya boleh menghantar kembali tugasan yang diberikan secara atas talian melalui modul ini.