/  
Sejarah Sejarah
Kecilkan memaksimumkan

Sejarah dan Latar belakang MyGfL

22 Februari 2000 - Mesyuarat JK e-Pembelajaran Pertama mengenalpasti Projek e-pembelajaran KPM
 
21 April 2000 - Susulan Mesyuarat Strategic Thrust Implementation Committee (STIC), Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) pada 17 Julai 2000 telah dimaklumkan mengenai keputusan untuk Kementerian Pelajaran menjalankan 8 projek rintis ICT.
Grid Pembelajaran Kebangsaan (GPK) – PROJEK RINTIS e-PEMBELAJARAN KPM
 
17 Julai 2000 - Mesyuarat Strategic Thrust Implementation Committee (STIC) mencadangkan salah satu daripada projek rintis ialah mewujudkan Grid Pembelajaran Kebangsaan (GPK)
 
Mesyuarat Kumpulan Kerja e-Pembelajaran
 
1 Mac 2001 - Mesyuarat STIC memaklumkan agar agensi diminta pohon peruntukan dari SKIM GERAN APLIKASI PENUNJUKCARA (DAGS- Demonstrator Application Grant Scheme), Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar
 
12 Mac 2001 - Mesyuarat telah diadakan dan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Pendidikan Teknikal) bagi mengenalpasti program STIC yang boleh dilaksanakan di bawah DAGS.
Pusat Perkembangan Kurikulum adakan mesyuarat untuk merangka dan mengkonsepsi pengertian, peranan dan pengoperasian grid.
Mesyuarat Kumpulan kerja e-Pembelajaran telah membincangkan konsep Grid Pembelajaran sebagai K-Portal.
 
19 Mac 2001 - Satu memo kepada YB Menteri Pendidikan telah dihantar bagi memaklumkan kepada YB Menteri bahawa 4 projek termasuk Grid Pembelajaran Kebangsaan akan dilaksanakan dibawah pembiayaan DAGS dan persetujuan YB Menteri telah diperolehi pada 6 April 2001.